LANGKAWI – Pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa melaungkan amaran awal kepada barisan pencabarnya apabila menepati ramalan memenangi perlumbaan Peringkat 1 Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 di pekan Kuah pada Ahad.
Pada perlumbaan sejauh 96.5 kilometer (km) itu, Syritsa melintasi garisan penamat dengan catatan dua jam empat minit 37 saat (s) bagi mengetepikan seteru utamanya daripada Team dsm-firmenich PostNL, Casper Van Uden di tempat kedua manakala pelumba VF Group-Bardiani CSF-Faizane, Lorenzo Conforti di tempat ketiga.
Kemenangan itu juga menyaksikan Syritsa – pakar pecut kelahiran Rusia yang memenangi dua pertingkat perlumbaan LTdL 2023 menyambar Jersi Hijau selaku pendahulu keseluruhan.
“Ia adalah permulaan yang baik untuk pasukan kami. Rakan-rakan sepasukan saya telah melakukan tugas dengan baik terutamanya di penghujung perlumbaan sehingga membolehkan saya memenangi Peringkat 1 hari ini.
“Ketika menuju ke garisan penamat, ia tidak begitu berisiko kerana ada rakan sepasukan melmbantu saya. Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini. Saya percaya boleh menang lagi perlumbaan akan datang,” kata Syritsa.
Selain menyarung Jersi Hijau, Syritsa turut meraih Jersi Hijau selaku Raja Pecut apabila mengumpul keseluruhan 17 mata manakala Van Uden di tempat kedua dengan 12 mata dan Conforti di tempat ketiga dengan sembilan mata.
Jersi Polka Dot selaku Raja Bukit pula diraih pelumba Ara Skip Capital, Tyler Tomkinson selepas dia berjaya menawan zon pendakian di Look Out Point dengan mengumpul dua mata, manakala pelumba muda Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli di tempat kedua dengan kutipan satu mata.
Begitupun, Aiman masih boleh berbangga apabila merangkul Jersi Putih selaku pelumba Terbaik Asia selepas menduduki tempat kedua di dua zon pecutan dan di zon pendakian.
“Syukur alhamdulillah percaturan saya dan pasukan menjadi pada perlumbaan di Langkawi hari ini. Saya melakukan breakaway pada awal perlumbaan dan taktikal itu berjaya sehingga saya dapat meraih Jersi Putih.
“Seboleh-bolehnya saya mahu mempertahankan jersi ini sehingga peringkat terakhir di Sarawak nanti. Tetapi semua itu bergantung kepada percaturan jurulatih dan pasukan, saya akan menjalankan tugas saya sebaik mungkin,” jelasnya.
Sementara itu, pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Mohammad Izzat Hilmi Abdul Halil turut mencuri tumpuan apabila menduduki tempat ketujuh keseluruhan,sekali gus muncul pelumba terbaik Malaysia.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang banyak membantu pada awal perlumbaan hari ini. Pada jarak satu kilometer terakhir, saya berada agak terkebelakang tetapi saya cuba mengejar kelompok depan.
“Saya terus mencuba dan kira-kira 500 meter terakhir menuju penamat, saya sedar sudah berada dalam kelompok 10 terbaik. Jadi saya cuba memecut sebaik mungkin dan akhirnya berada dalam penamat di depan,” katanya.
Peringkat kedua pada Isnin akan bermula dari Arau, Perlis ke Butterworh, Pulau Pinang sejauh 154.5km, membabitkan tiga zon pecutan di Jitra, Menara Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah.