Penganjur Petronas Le Tour de Langkawi 2024, Majlis Sukan Negara (MSN) meneruskan kerjasama strategik serta menjadi pemegang jersi Polka Dot Raja Bukit tahun ini.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub, menjelaskan bahawa keputusan Tourism Malaysia meneruskan kerjasama merupakan satu keputusan tepat dari aspek meningkatkan nilai promosi, penjenamaan dan aspek pemasaran.

Kategori Raja Bukit akan terus kekal sebagai jersi perlumbaan paling unik dan popular kerana ia bukan akan menguji kekuatan tahap kebijaksanaan matematik pelumba ketika mengutip peluang serta mencuri mata di zon-zon pendakian kecil dan utama.

Tourism Malaysia akan diberikan penghomatan sekali lagi sebagai pemegang kepada jersi pendahulu “King Of The Mountain” di mana wakil mereka akan menyarungkan jersi pemenang di setiap peringkat perlumbaan” katanya ketika berucap di majlis pengumuman rasmi di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, hari ini.

Menurutnya, “KBS dan MSN akan meneruskan kerjasama menerusi siaran langsung di penyiar sukan berbasikal nombor satu dunia, Eurosports yang ditonton ratusan juta peminat, selain siaran di televisyen tempatan dan platform media sosial Youtube, Facebook dan TikTok yang mampu membuahkan pulangan berlipat kali ganda daripada jumlah tajaan yang diberikan.

Sebanyak 22 pasukan, iaitu tiga pasukan berstatus WorldTeam, tujuh pasukan ProTeam, sembilan pasukan Continental dan tiga pasukan kebangsaan termasuk Malaysia akan bertanding.

– Stadium Astro