KUALA LUMPUR: Perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTDL) 2024 memerlukan perbelanjaan lebih tinggi daripada edisi tahun lalu.

Ketua Pengarah MSN Abdul Rashid Yaakub berkata, kos kali ini melebihi RM15 juta namun beliau tidak boleh mendedahkan jumlah sebenar.

Menurutnya, antara faktor peningkatan kos adalah membabitkan logistik.

“Itulah mungkin peringkat 4-5 RM15 juta ini mungkin melibatkan Semenajung sahaja. Kalau Sabah, Sarawak bajet kita lebih tertumpu pada logistik.

“Kita pergi lebih jauh jadi bajet kita lebih sedikit,” katanya selepas Majlis Pengumuman Penajaan & Kerjasama Pintar Tourism Malaysia dan Sidang Media LTdL 2024 di MSN Bukit Jalil di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata setakat ini penajaan bagi menganjurkan perlumbaan berprestij itu berjalan lancar kerana terdapat beberapa syarikat bakal memuktamadkan kerjasama tidak lama lagi.

Menurutnya, buat masa ini Tourism Malaysia bersetuju meneruskan kerjasama strategik dengan penajaan bernilai RM1 juta sekali gus menjadi pemegang jersi Polka Dot, Raja Bukit.

– Berita RTM