Ketua pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub, percaya dengan kembalinya perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi 2024 di Langkawi sebagai destinasi permulaan bakal menjelmakan semula nostalgia saingan seiring dengan nama kejohanan itu.
Dalam pada itu, dia turut bahawa mengesahkan penganjuran Sukan SEA 2027 akan diadakan sekitar semenanjung Malaysia dengan diiringi Sarawak yang turut bersama dalam venue temasya kali ini dengan dia juga menjelaskan bahawa Sabah dan Pulau Penang telah memberikan maklum balas.
Malah, sehari sebelum bermulanya LTdL akan terdapat perlumbaan domestik yang akan memberikan peluang kepada pelumba tempatan untuk berlumba.
“Nombor satu ia bersesuaian dengan nama perlumbaan itu iaitu Petronas Le Tour de Langkawi, jadi isu-isu berkenaan tidak ada perlumbaan di Langkawi itu tiada.
Itu pentingnya nama asal, nama sejarahnya Langkawi, jadi tahun ini kita berada di Langkawi. Kemudian, Langkawi ini destinasi penting pelancongan.
“Jadi bermulanya di Langkawi, jadi kita berasa pelancongan kita akan lebih menarik. Satu hari sebelum perlumbaan terdapat perlumbaan domestik untuk pelumba amatur dan tempatan.
“Sebahagian daripada peringkat antarabangsa saya rasa sudah cukup baik, cuma mungkin sebahagian lagi yang kita perlu lihat kembali yang mungkin perlu ada penambahbaikan, tetapi rasanya tidak memerlukan kos yang banyak kerana kesediaan tempat tinggal sudah mencukupi.
“Setakat ini yang memberi maklum balas adalah Sarawak, Sabah dan Penang, tetapi modal nanti kita akan lakukan perbincangan.” katanya dalam Majlis Pengumuman Kerjasama Strategik Tourism Malaysia hari ini.
– Stadium Astro